Gelang

KOD:SB2-(Swarovski 8mmX10pcs,heart X 10pcs)

Subang

KOD: EL1

Gelang

KOD:SK1A

TAHUKAH ANDA

Posted by CRYSTAL COLLECTIONS

BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)
BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.
Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.
BATU JARUM MAS
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum.
Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.
FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA
Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.
Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.
Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin.

0 comments:

Ala.. Takkan baca je? Komen la sikit..?!!

Beritahu kami apa yang anda fikirkan..Tapi AWAS Ye!!Sebarang komen yang tidak manis, tidak akan dilayan.

TEMPAHAN

SELAMAT DATANG. SILA ISI BORANG UNTUK TEMPAHAN DAN KOMEN.

<!--Session data-->

NAMA:
NO TEL:
EMAIL:
KOD BARANG DAN BILANGAN TEMPAHAN:
KOMEN:

TERIMA KASIH.


Form provided by Freedback.